fbpx

China pindah 300,000 orang hadapi Gaemi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA penyelamat mengayuh bot mereka di sebatang jalan yang ditenggelami banjir di Manila kelmarin. – AFP

BEIJING –  Pihak berkuasa memindahkan hampir 300,000 orang dan menangguhkan  perkhidmatan pengangkutan awam merentasi timur China hari ini ketika Taufan Gaemi membawa hujan lebat selepas menyebabkan lima kematian di Taiwan.

Gaemi adalah taufan terkuat  melanda Taiwan dalam tempoh lapan tahun apabila ia tiba di daratan semalam dan membadai kawasan bandar kedua terbesar di pulau itu.

Taufan Gaemi juga menyebabkan musim tengkujuh yang  lebih buruk di Filipina ketika ia bergerak menuju Taiwan pada minggu ini. Ribut itu mencetuskan bencana banjir dan tanah runtuh yang mengorbankan 30 orang di Filipina, demikian menurut angka polis Manila hari ini.

Sebuah kapal tangki  membawa 1.4 juta liter minyak turut karam di luar pantai Manila semalam.

Gaemi bagaimanapun semakin lemah apabila tiba di daratan di wilayah Fujian,  timur China sejurus sebelum 8 pagi tadi (waktu Malaysia).

Pihak berkuasa China memberi amaran bahawa  taufan itu membawa hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir.

Sebanyak  290,000 orang dipindahkan di Fujian dengan pihak berkuasa turut menutup  pengangkutan awam, pejabat, sekolah serta premis perniagaan di beberapa buah bandar.

Di wilayah jirannya,  Zhejiang, rakaman  stesen penyiar pemerintah, CCTV pada hari ini menunjukkan jalan-jalan bertukar menjadi sungai, pokok tumbang berselerakan  dan basikal bergelut di kawasan ditenggelami  air pada kedalaman paras  lutut.

Bandar Wenzhou di Zhejiang yang memiliki populasi sembilan juta orang itu telah mengeluarkan amaran peringkat tertinggi untuk Gaemi  dan memindahkan hampir 7,000 orang, kata CCTV. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI