fbpx

Hotel, restoran di Pahang naikkan harga paling tinggi di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hotel dan rangkaian restoran di Pahang menjadi negeri tertinggi yang menaikkan harga perkhidmatan mengalahkan Kuala Lumpur yang berada di tangga kedua.

Menerusi perkongsian di Facebook Kuantan Development News, negeri tersebut berada di tangga pertama kenaikan paling tinggi bagi perkhidmatan sebanyak 7.1 peratus.

Malah, Pahang juga mengatasi tiga negeri di Lembah Klang termasuk Kuala Lumpur yang berada di tangga kedua dengan kenaikan 6.9 peratus, diikuti Putrajaya (6.2 peratus) dan Selangor di tangga keempat dengan kenaikan 6.2 peratus.

Bagi beberapa negeri lain termasuk Perak, Johor, Sabah, Labuan, Sarawak serta Pulau Pinang, statistik menunjukkan enam negeri tersebut turut melakukan kenaikan harga perkhidmatan, namun peratus kenaikan tidak melebihi enam peratus.

Lima lagi negeri iaitu Terengganu, Kedah, Melaka dan Kelantan melakukan kenaikan harga atas tiga peratus dan tidak melebihi empat peratus.

Negeri Sembilan pula menjadi negeri paling rendah kadar kenaikan harga perkhidmatan mereka dengan 2.6 peratus. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI