fbpx

Usahawan mohon maaf, ayat ‘sebab you tiada duit’ untuk naikkan semangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video usahawan tersebut yang tular di media sosial sejak semalam.

PETALING JAYA – “Saya akui bahasa yang saya gunakan agak kasar, tetapi itu untuk menaikkan semangat leader (ketua pasukan) serta ejen-ejen saya untuk terus berusaha mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi”.

Demikian jelas usahawan jualan langsung, Chua Tee Khoon mengenai petikan video tular ‘barang mahal sebab kamu tiada duit’ sehingga ramai mengecam dirinya.

Beliau turut mengakui kesalahannya dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang mengambil dan memahami kata-kata itu dari sudut negatif.

“Saya minta maaf, tiada langsung untuk saya bermaksud begitu. Video itu telah disalah erti dan tersebar luas sejak beberapa hari lalu sehingga saya sendiri telah diugut.

“Video itu diambil ketika satu latihan dalaman syarikat saya, itu nasihat untuk ‘leader’ dan ejen-ejen saya bagi menaikkan semangat mereka untuk terus berusaha mendapatkan pendapatan yang tinggi.

“Saya dulu juga bermula dari bawah, saya faham bagaimana kesusahan untuk mendapat dan membeli barang. Kita perlu berusaha untuk mendapat pendapatan yang tinggi, jadi masalah perbelanjaan dapat diatasi, itu sebenarnya maksud saya,” jelasnya kepada Kosmo! hari ini.

Tambahnya, dia juga bukan seorang yang mengejar populariti melalui klip video tersebut malah langsung tiada niat untuk memperkecilkan hati sesiapa sahaja yang menonton video terbabit.

“Sekali lagi saya minta maaf, saya juga tidak mahu popular. Saya bukan orang politik. Saya berharap agar semua maafkan saya dengan apa yang telah berlaku salah faham ini,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan usahawan syarikat jualan langsung itu menjadi tular apabila menyatakan “itu sebab you (kamu) tak ada duit. Bila you ada duit, semuanya (barang) menjadi murah” ketika diminta memberikan kata-kata motivasi oleh anak buahnya.

Katanya, barang mahal bukan disebabkan keadaan ekonomi, tetapi berpunca kerana seseorang individu itu tidak berkemampuan atau mempunyai duit yang cukup untuk membeli keinginan masing-masing. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI