HANYA kerana mahu menjual produk makanan, Datuk Seri Vida sanggup disolek persis tengkorak?
Itulah realiti yang dilakukan Vida baru-baru ini apabila tampil dengan solekan yang menyerupai tengkorak seperti dalam filem Coco.
Usahanya itu bagi membantu mempromosikan produk makanan anak perempuannya, Cik B iaitu keropok kulit salmon. Gigih sungguh Vida cari duit.
Rata-rata netizen terhibur dengan transisi dan usaha Vida menghasilkan solekan sebegitu persis watak-watak dalam filem Coco.
“Kali ini Vida menang sebab solekannya memang menjadi. Terkejut, risau juga daripada Poco Loco jadi pocong.
“Padulah Datuk, ini trend Poco Loco paling menjadi. Mantap dan bertuah Cik B dapat ibu yang bantu promosikan produknya dengan cara begini,” puji netizen.
Sehingga hari ini, video tersebut meraih lebih 2.5 juta tontonan dalam TikTok.