fbpx

EPL: Pepe kecewa sikap peminat Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEPE dianggap gagal memberikan aksi cemerlang bersama Arsenal berdasarkan nilai perpindahannya. - AFP

LONDON – Bekas penyerang Arsenal, Nicolas Pepe seakan menyindir penyokong kelab itu kerana terlalu mengambil kira nilai perpindahan berbanding kualiti sebenar yang dimilikinya.

Bintang dari Perancis yang menyertai The Gunners dengan harga £72 juta (RM432.4 juta) itu mengakui berdepan situasi sukar kerana peminat terlalu menumpukan kepada tanda harga perpindahannya.

“Ia bukan senang dan penyokong tidak gembira dengan prestasi saya. Pada awal perpindahan saya, penyokong tidak menilai prestasi saya sebaliknya mereka melihat kepada tanda harga.

“Tetapi, saya fikir saya juga telah melaksanakan tugas dengan baik ketika berada di Arsenal dan saya tidak pernah menyesal. Harga saya agak tinggi, jadi mereka mengharapkan saya menjaringkan gol dalam setiap perlawanan.

“Jika Arsenal beli saya dengan harga £20 juta (RM120.1 juta), mungkin keadaannya berbeza. Tetapi, ini bukan salah pemain kerana bukan mereka yang menetapkan tanda harga,” katanya.

Dalam masa sama, Pepe juga menjelaskan dia tidak mendapat kepercayaan daripada Mikel Arteta, namun tetap menghormati pengurus itu.

“Mereka (Arsenal) bantu saya mencari pasukan lain dengan lebih cepat, jadi saya pasti yang saya meninggalkan pasukan dengan keadaan lebih harmoni.

“Hubungan saya dengan Arteta agak baik cuma saya tidak mendapat kepercayaan penuh daripadanya,” ujarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI