fbpx

Trio recurve buru tiket suku akhir Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZREENA (dari kiri), Ariana dan Syaqiera perlu melepasi halangan Indonesia untuk mara ke suku akhir recurve berpasukan wanita esok. - MSN MALAYSIA

TRIO memanah recurve wanita negara dibarisi Syaqiera Mashayikh, Ariana Nur Dania Mohamad Zairi dan Nurul Azreena Mohamad Fazil bersedia memperkemaskan panahan lebih baik menghadapi Indonesia dalam aksi berpasukan petang esok.

Syaqiera, 23, yang beraksi di Olimpik buat kali kedua berkata, dia dan rakan sepasukannya akan memanfaatkan tempoh rehat dua hari untuk memantapkan lagi persembahan mereka ketika berdepan Indonesia.

“Kita pernah berdepan Indonesia tetapi bergantung kepada hari kejadian dan lepas ini kami mempunyai masa lagi untuk meneruskan latihan lebih spesifik untuk berpasukan. Insya-Allah kami akan buat yang terbaik nanti,” kata Syaqiera.

Pada penentuan ranking individu kelmarin, Syaqiera mengakhiri saingan di kedudukan ke-14 selepas berjaya mencipta rekod peribadi baharu dengan 663 mata di Invalides, Paris.

Hasil keputusan itu, trio negara akan menghadapi Rezza Octavia, Syifa Nurafifah Kamal dan Diananda Choirunisa selepas pasukan Indonesia itu mengumpul 1,960 mata untuk menduduki ranking ketujuh daripada 12 pasukan dalam perebutan slot suku akhir pada Ahad ini.

Sekiranya pasukan negara berjaya menyingkirkan Indonesia, mereka akan berdepan China untuk memburu tiket ke separuh akhir.

Jurulatih memanah kebangsaan, Norizham Ishak menuntut ketiga-ketiga pemanah negara itu kembali fokus dan memperbaiki panahan mereka berdepan Indonesia

“Prestasi mereka hari ini (kelmarin) agak kurang sedikit kalau dilihat pada catatan pusingan ranking individu. Tetapi kita ada tempoh dua hari lagi untuk beraksi dalam acara berpasukan.

“Mereka belum dapat rentak yang sebenar dan masih perlu kuatkan metal mereka,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI