fbpx

Azeem terima pujian jurulatih di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM

PENGARAH Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard berbangga dengan prestasi Muhammad Azeem Fahmi terutama menerusi rejim latihan di Amerika Syarikat (AS) yang dilihat sudah mula meresap dalam diri pelari berbakat negara itu.

Menurutnya, Azeem telah mencapai garis dasar kekuatan kelajuan dalam pecutan pada tahun pertamanya sebagai pelari senior berbanding kebanyakan atlet berusia 20 tahun.

Ballard menjelaskan pemegang rekod 100 meter (m) kebangsaan dengan catatan 10.09 saat itu telah mencapai tahap asas kekuatan dan kelajuan dalam tahun pertamanya sekali gus memberi gambaran cerah terhadap peningkatan prestasinya pada masa hadapan.

“Jurulatih Azeem di AS, Ken Harnden telah membincangkan mengenai kemajuan Azeem dan menekankan ini merupakan tahun pertamanya untuk memberi tumpuan kepada daya pecutan dan latihan asas berat.

“Beliau (Harnden) menjelaskan Azeem masih baru dalam latihan berat berbanding rakan sebaya yang biasanya mula melaksanakan modul berkenaan pada usia lebih muda.

“Apabila Azeem beralih ke latihan kekuatan, Harnden menjelaskan kemungkinan terdapat perubahan terutama dalam komposisi badan dan juga jisim otot. Harnden berpuas hati dengan pencapaian Azeem,” kata Ballard.

Dalam masa sama, Ballard turut mendedahkan bahawa Harnden menganggap Azeem telah merekodkan satu pencapaian penting dalam tahun pertamanya sebagai pelari di Universiti Auburn, Alabama, AS.

Dalam pada itu, Ballard turut berharap sesi latihan dan bantuan dari Institut Sukan Negara (ISN) sepanjang Azeem berada di Malaysia dapat memberikan manfaat kepadanya untuk menyerlah dalam acara 100m di pentas Sukan Olimpik Paris 2024 pada 3 Ogos ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI