fbpx

Pesan ‘air fryer’, dapat cicak tokek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan cicak gergasi yang diterima dalam bungkusan itu. - X 

BOGOTA – Seorang wanita di Colombia terkejut apabila menerima bungkusan berisi seekor cicak gergasi atau toket, lapor stesen penyiaran NDTV kelmarin.

Wanita bernama Sofia Serrano, dikatakan membeli penggoreng kering (air fryer) menerusi laman web runcit, Amazon.

Rakaman kejadian  yang dimuat naik di platform X oleh akaun @sofiaserrano97 menunjukkan seekor cicak berada dalam bungkusan kotak yang sepatutnya mengandungi penggoreng kering itu. 

“Kami memesan penggoreng kering melalui laman web Amazon tetapi ia tiba bersama ‘teman’. Saya tidak tahu ia merupakan kesalahan Amazon atau kesalahan syarikat penghantaran,” katanya. 

Sofia membuat aduan kepada Amazon tetapi masih belum mendapat sebarang penyelesaian. 

Menurut laporan, haiwan itu dikenal pasti sebagai Cicak Batu Sepanyol.

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih lebih 4.1 juta tontonan.

“Saya akan mati jika perkara seperti ini berlaku kepada saya,” kata seorang netizen. 

“Ketakutan baharu saja dibuka,” kata netizen lain. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI