fbpx

Anggota polis bunuh Nur Farah Kartini didakwa hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengamal media berkumpul seawal 7 pagi di Mahkamah Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, hari ini.

HULU SELANGOR – Anggota polis berpangkat Lans Koperal yang ditahan berikutan kes pembunuhan Nur Farah Kartini, 25 akan didakwa di mahkamah, hari ini.

Puluhan pengamal media sudah berkumpul di pekarangan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, di sini sejak pukul 7 pagi.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan suspek ditahan 15 Julai pada hari yang sama penemuan mayat Nur Farah Kartini di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor.

Polis telah menemukan telefon pintar di dalam parit ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor manakala beg tangan dipercayai milik Nur Farah Kartini di Sungai Trolak Kampung Batu, Perak.

Polis menemukan dua rangkai kunci kereta dan dompet mengandungi kad pengenalan milik Nur Farah

Bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu sebelum ini dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu.

Jenazah mangsa yang dibawa ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh dituntut pada Khamis lalu seterusnya dikebumikan pada 5.20 petang di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pahang. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI