fbpx

Liga Super: The Rhinos kini No. 2, berjaya pintas Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daniel Ting meraikan jaringan yang dilakukan bersama rakan sepasukan sebentar tadi. - Foto ihsan MFL

PETALING JAYA – Pasukan Sabah FC kembali berada di landasan kemenangan selepas menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad The Rhinos tidak mempunyai masalah untuk membuka tirai jaringan hasil jaringan Daniel Ting seawal minit ke-13 selepas menerima hantaran Telmo Castanheira.

Tersentak dengan gol tersebut, pasukan Hobin Jang Hobin berusaha untuk memburu gol penyamaan tetapi keputusan kekal pada babak pertama.

Bersambung pada separuh masa kedua, NSFC turut berpeluang melakukan beberapa cubaan menarik menerusi penyerang import, Takumi Sasaki tetapi masih gagal menerjah jaring.

Pihak lawan pula terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Norfiqrie Abdul Talib dilayangkan kad merah pada minit ke-65 selepas melakukan terjahan ke atas Azhad Harraz Arman.

Kealpaan NSFC dimanfaatkan sepenuhnya dengan Sabah diberikan sepakan penalti apabila Telmo dijatuhkan pada minit ke-80.

Kesempatan tersebut digunakan oleh Jafri Firdaus Chew untuk meledak gol kedua sekali gus menyaksikan keputusan 2-0 kekal hingga wisel penamat.

Sabah FC yang dikendalikan oleh Datuk Ong Kim Swee kini menduduki tangga kedua Liga Super dengan mengutip 10 mata manakala NSFC kekal di kedudukan tercorot liga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI