fbpx

Modul Sikulah Bateq tarik minat Orang Asli timba ilmu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Umayal Eswaran (kiri), melancarkan modul pengajaran 'Sikulah Bateq' (Sekolah Bateq), rangka kerja yang direka untuk menyokong literasi asas dan numerasi untuk prasekolah Orang Asli dan kanak-kanak awal sekolah rendah.

PETALING JAYA – Modul pengajaran ‘Sikulah Bateq’ yang dibangunkan oleh beberapa pakar pendidikan dan pembangunan Orang Asli diharap dapat menarik minat kaum itu untuk menimba ilmu.

Modul yang dibangunkan bersama Yayasan Raise Yourself To Help Mankind (Rythm) itu turut melibatkan beberapa individu yang terdiri daripada Orang Asli.

Pengerusi Rythm, Datin Seri Umayal Eswaran berkata, modul itu dibangunkan ekoran peningkatan pelajar Orang Asli yang berhenti sekolah kerana kesukaran menyesuaikan diri dengan masyarakat.

“Ramai kanak-kanak yang berhenti sekolah kerana sukar untuk sesuaikan diri. Malah ibu bapa juga tidak mampu membantu anak-anak dengan kerja sekolah.

“Atas sebab itu, kami menjalin kerjasama dengan Orang Asli sendiri untuk memastikan apakah keperluan dan kesukaran yang dihadapi untuk belajar.

“Pendidik juga perlu diberi pendedahan dan didikan bagaimana mahu mengajar Orang Asli kerana pendekatannya berbeza,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Yayasan Rythm, P. Santhi berkata modul Sikulah Bateq juga bertujuan untuk menguatkan keyakinan, jati diri anak-anak Orang Asli untuk ke peringkat seterusnya.

“Modul ini membincangkan kemahiran akademik dan kehidupan di mana ia direka bentuk dengan mengambil kira perkembangan holistik kanak-kanak.

“Modul itu mengintegrasikan mata pelajaran tradisional dengan pelajaran kesihatan, kebersihan, kesedaran alam sekitar dan pendidikan berasaskan nilai,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI