fbpx

Taman Tasik Taiping kering kontang sebab cuaca panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Air di Taman Tasik Taiping kering setelah hujan tidak turun di kawasan itu lebih daripada sebulan. - Foto WAT KAMAL ABAS

IPOH – Kerajaan Perak tidak bercadang untuk membuat pembenihan awan ekoran Taman Tasik Taiping yang turut kering akibat cuaca panas berpanjangan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ini kerana tasik itu merupakan taman rekreasi yang mana tidak mempunyai fungsi sepertimana Empangan Bukit Merah yang turut ditimpa musibah sama.

“Taman Tasik Taiping tak sama seperti Bukit Merah. Bukit Merah adalah punca pengairan kepada pertanian. Taman Tasik Taiping adalah rekreasi. Jadi keperluan mendesak itu lebih kepada Bukit Merah sebab melibatkan pengairan padi dan pertanian.

“Taman Tasik Taiping kita tak dapat hendak berikan perhatian kerana pembenihan awan ini agak mahal. Jadi kita tunggu sepertimana biasa secara semulajadi,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Townhall Wanita Perak di sini hari ini.

Dilaporkan beberapa sudut di Taman Tasik Taiping atau Taiping Lake Gardens mengalami kekeringan akibat cuaca panas berpanjangan di beberapa kawasan di utara Perak.

Semalam, Jabatan Mateorologi Malaysia menerusi laman Facebook memaklumkan kawasan Larut dan Matang serta Kuala Kangsar berada pada Tahap 1 atau berjaga-jaga iaitu suhu maksimum harian 35-37 darjah celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI