fbpx

Cuaca panas, kering sehingga September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Cuaca panas serta kering sejak beberapa hari lalu disebabkan oleh ‘paduan’ musim Monsun Barat Daya dan dua ribut siklon tropika di utara Laut China Selatan yang muncul sejak beberapa hari lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, negara menjadi bertambah panas dan kering apabila Taufan Gaemi dan Ribut Tropika Prapiroon itu berlaku.

“Musim Monsun Barat Daya sejak Mei lalu masih berlangsung sehingga September ini.

“Kemunculan dua ribut siklon tropika di utara Laut China Selatan beberapa hari lalu, menyebabkan cuaca menjadi lebih kering berbanding kebiasaan,” katanya ketika dihubungi.

Namun katanya, cuaca dijangka kembali kepada normal selepas Sabtu ini apabila dua ribut siklon tersebut mulai melemah.

“Walau bagaimanapun, keadaan kurang hujan masih dijangka berlaku sepanjang tempoh Monsun Barat Daya sehinggalah bermulanya fasa peralihan monsun pada pertengahan September nanti,” ujarnya.

Tambahnya, berdasarkan rekod suhu ekstrem terdahulu, negara tidak dijangka mengalami cuaca panas yang mencapai Tahap 3 gelombang haba ektrem semasa musim Monsun Barat Daya ini berlaku.

“Ini kerana cuaca panas ekstrem di negara kita lazimnya berlaku ketika penghujung Monsun Timur Laut dan fasa peralihan monsun pada Februari sehingga Mei,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI