PETALING JAYA – Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah menahan 1,002 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, 854 individu telah dikenakan kompaun manakala 148 individu lagi direman.
“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pusat hiburan (687), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (125), tidak memakai pelitup muka (69), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (63) dan lain-lain (58).
“Sebanyak 2,454 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 10,632 anggota telah membuat pemantauan di 3,579 pasar raya, 4,656 restoran serta 1,852 penjaja, 1,118 kilang, 3,314 bank dan 498 pejabat kerajaan,” jelasnya melalui satu kenyataan hari ini.
Tambah Ismail Sabri, turut dipantau, sebanyak 1,076 terminal pengangkutan darat, 195 terminal pengangkutan air serta 102 terminal pengangkutan udara. K! ONLINE.