fbpx

Ada legenda ragbi dunia pun tak ‘menggigit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUPONT (kanan) lega apabila Perancis berjaya bangkit daripada keputusan seri dengan AS untuk menewaskan Uruguay awal pagi semalam. - AFP

PARIS – Pasukan tuan rumah, Perancis melangkah ke pusingan kalah mati acara ragbi tujuh sebelah (7’s) tetapi menampilkan aksi kurang memuaskan apabila sekadar mencatat seri 12-12 dengan Amerika Syarikat (AS) pada aksi pertama Kumpulan C malam kelmarin.

Bagaimanapun, keputusan itu menjadi pencetus semangat kepada Les Bleus yang turut diperkuatkan dengan pemain terhebat sepanjang zaman ragbi 15’s, Antoine Dupont, berjaya bangkit dengan kemenangan 19-12 ke atas Uruguay dalam aksi kedua awal pagi semalam.

Dupont mengakui lega dengan keputusan itu selepas mereka segera bangkit untuk mencatat kemenangan ke atas Uruguay untuk melayakan diri ke pusingan kalah mati.

“Jika kami tidak meningkatkan tahap permainan, kami tidak akan pergi jauh. Kami tahu mengenai perkara itu dan kami mampu melakukan dengan lebih baik.

“Jelas di perlawanan pertama, kami tidak meletakkan diri di tempat yang baik. Kami bergelut untuk melaksanakan strategi permainan untuk mengekalkan penguasaan permainan,” kata Dupont selepas perlawanan.

Dalam pada itu, juara dua kali Olimpik, Fiji di bawah skuad kendalian Osea Kolinisau menepati ramalan selepas membelasah Uruguay 40-12 dan menjadikan AS sebagai mangsa seterusnya dengan kemenangan 38-12.

Sukan ragbi 7’s mula dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik sewaktu Rio 2016 dengan Fiji menjuarai edisi berkenaan sebelum mempertahankan gelaran itu pada Tokyo 2020. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI