fbpx

‘Barang mahal sebab you tiada duit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video usahawan tersebut yang tular di media sosial sejak semalam.

PETALING JAYA – “Itu sebab you (kamu) tak ada duit. Bila you ada duit, semuanya (barang) menjadi murah,”

Itulah kata-kata seorang usahawan dalam sebuah video yang tular di platform TikTok hari ini sehingga mengundang kecaman orang ramai.

Usahawan syarikat jualan langsung itu berkata demikian ketika diminta memberikan kata-kata motivasi oleh anak buahnya.

Katanya, barang mahal bukan disebabkan keadaan ekonomi, tetapi berpunca kerana seseorang individu itu tidak berkemampuan atau mempunyai duit yang cukup untuk membeli keinginan masing-masing.

“Barang mahal disebabkan you tak ada duit. You ada duit, semua barang menjadi murah. Tak ada barang yang dikatakan mahal. You tak ada duit, you rasa mahal.

“You ada duit, you rasa (barang) itu murah la. RM1,000? Murahlah. RM10,000 murahlah, RM100,000 murahlah, RM1 juta? Murahhh! Kan? Sebab you ada? RM100 juta (dalam simpanan).

“Keluar duit sikit saja, okay settle (pembayaran). Kan?” katanya kepada salah seorang usahawan lain.

Video tersebut menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai yang menempelak kata-kata lelaki itu kerana dianggap tidak sensitif dengan golongan kurang berkemampuan.

“Orang kaya mana faham orang miskin. Orang kaya je bole cakap macam tu. Esok lusa dia miskin tahulah dia,” kata Bam.

“Masa dia ada duit bolehlah cakap begini. Rezeki orang, masing-masing tak sama. Kau ada rezeki lebih dan tak ada masalah nak beli barang tak apalah. Tapi jangan cakap besar,” kata  Sarahwahida.

“Hmm kalau usaha tapi rezeki belum sampai nak buat macam mana. Dorang (mereka) tak faham konsep rezeki,” komen pengguna lain pula.

Dalam pada itu, ramai juga bersetuju dengan kata-kata usahawan itu yang dianggap boleh membangkitkan motivasi dalam diri setiap individu yang berputus asa untuk mencari rezeki.

“Saya setuju apa dia cakap. Ada duit semua barang boleh beli. Takde duit semua barang jadi mahal. Jadi berusahalah untuk cari banyak duit,” komen Asanah.

“Secara relatifnya, betul. Barang mahal, gaji murah atau tak naik. Betul lah apa dia cakap tu. Dia tak ada hina sesiapa pun. Dia tak ada cakap pun kau malas cari duit ke apa,” komen Redzuan pula.

“Hanya orang yang berfikiran kaya sahaja faham maksud yang dia cuba sampaikan. Orang yang berfikiran miskin akan selalu bagi alasan,” komen Aizat pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI