fbpx

Kerajaan pantau situasi di Kenya, sedia hulur bantuan kepada rakyat Malaysia terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi terus memantau dengan teliti situasi di Kenya susulan ketegangan berlaku yang kini memasuki minggu keenam.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi juga sedang berhubung dengan semua rakyat Malaysia di Kenya yang telah mendaftar.

Katanya, Wisma Putra terus menggesa mereka untuk terus berkomunikasi bagi menerima maklumat terkini dan sokongan jika perlu.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan dan memastikan keselamatan mereka.

“Rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengikuti arahan serta panduan terkini yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya tadi.

Jelasnya, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi di Nairobi melalui talian +254 (01) 11052710 +254 741 603952 atau [email protected].

Sebelum ini, suasana di ibu negara Nairobi bertukar kacau-bilau apabila orang ramai merempuh sekatan polis sebelum menyerbu masuk Parlimen dan membakar sebahagian daripada bangunan itu dalam protes anti kerajaan berhubung cadangan kenaikan cukai.

Bantahan terhadap rang undang-undang (RUU) kewangan yang tidak popular itu termasuk beberapa kenaikan cukai berterusan selama beberapa hari.

Ia termasuk cukai ke atas barangan seperti roti, minyak masak dan barangan kebersihan.

Cadangan itu dikemukan bagi membantu mengumpul dana membayar hutang asing yang kini mencecah AS$80 bilion atau RM377 bilion.

Cadangan itu telah menimbulkan kemarahan rakyat Kenya dengan ribuan penunjuk perasaan telah menyerbu bangunan parlimen Kenya sebagai bantahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI