fbpx

Bintang Euro 2024 mahu balas budi Lyon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mikautadze antara pemain yang menyerlah pada kempen Euro 2024 yang lepas. - Foto ihsan Lyon

LYON – Penjaring terbanyak Euro 2024, Georges Mikautadze mengakui tidak sabar untuk membuktikan keupayaan di peringkat tertinggi selepas menyertai Lyon secara tetap dengan nilai perpindahan keseluruhan hampir €23 juta (RM116.4 juta).

Sebagai rekod, Mikautadze merupakan penyerang kelahiran Perancis tetapi mewakili Georgia di peringkat antarabangsa dengan namanya meledak ketika menjaringkan tiga gol pada Euro 2024 bulan lalu.

Mikautadze yang mewakili Lyon secara pinjaman musim lalu daripada kelab Metz mengakui sekarang adalah masa untuk mencipta nama di pentas antarabangsa dengan mempamerkan aksi konsisten pada saingan musim baharu nanti.

“Saya hadir dengan reputasi yang tinggi selepas mempamerkan prestasi terbaik bersama skuad kebangsaan pada kempen Euro 2024 yang lepas. Bukan mudah untuk menjaringkan tiga gol tetepi saya berjaya lakukannya bersama Georgia.

“Kini, saya mahu memberi tumpuan penuh bersama Lyon dan harap dapat kekalkan rentak konsisten seperti apa yang dipamerkan musim lepas. Saya anggap situasi ini seperti kisah dongeng kerana Lyon adalah kelab saya mencipta nama di peringkat akademi,” katanya.

Mengulas lanjut, penyerang berusia 24 tahun itu mengakui tidak sabar untuk bergandingan dengan kapten pasukan, Alexandre Lacazette yang dianggap sebagai salah seorang legenda sepanjang zaman Lyon.

“Dia (Lacazette) adalah salah seorang penyerang elit di Perancis. Sudah tentu saya mahu belajar sebanyak mungkin ilmu bola sepak daripadanya kerana dia adalah contoh buat kami sewaktu bergelar pemain akademi dahulu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI