fbpx

Tajaan syarikat arak: Sekolah perlu ikut peraturan KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairudin (tiga dari kiri) menyerahkan Anugerah Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi kategori Pencapaian Terbaik Murid Berkeperluan Khas (MBK) kepada Nur Natasha Abdullah pada Majlis Apresiasi Akademik Negeri Perak 2023 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. - FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Kerajaan negeri memberi peringatan kepada setiap sekolah di negeri ini supaya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) susulan isu sebuah sekolah di Sepang, Selangor menerima sumbangan daripada syarikat arak.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, institusi pendidikan di negeri ini perlu akur dengan garis panduan yang telah ditetapkan terutamanya dari segi penerimaan sumbangan di sekolah.

“Surat pekeliling KPM pada 2018 juga ada menyatakan proses-proses bagi penerimaan sumbangan kepada sekolah-sekolah tidak boleh melibatkan syarikat arak, rokok dan judi.

“Kalau kita lihat dalam acara Liga Malaysia pun tidak dibenarkan menggunakan penajaan atau sumbangan daripada syarikat-syarikat tersebut.

“Begitu juga dengan acara Sukan Malaysia (SUKMA) yang bertegas dalam memastikan temasya sukan tersebut bebas daripada tajaan syarikat rokok, arak dan sebagainya,” katanya pada Majlis Apresiasi Akademik Negeri Perak 2023 di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

Menurutnya, dari segi permohonan bantuan pihak pentadbir sekolah perlu mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Sebagai contoh, pihak pentadbiran sekolah harus memastikan pihak yang ingin memberi sumbangan atau bantuan itu berdaftar selain sumber kewangan datang dari sumber yang sahih supaya tidak menimbulkan keraguan dan kecelaruan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Menurut Khairudin, persekitaran institusi pendidikan yang sihat sangat penting kerana ia adalah tempat untuk mendidik, mengasuh dan membimbing pelajar.

Katanya, penerapan elemen-elemen yang baik kepada pelajar dapat membentuk mereka menjadi seorang insan atau warganegara yang bertamadun dan berketerampilan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI