fbpx

Maut digilis selepas motosikal terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal ditunggang mangsa yang maut akibat digilis di Jalan Ipoh-Lumut di Ipoh semalam.

IPOH – Seorang remaja berusia 18 tahun maut setelah dia digilis sebuah kereta apabila motosikal ditunggangnya terbabas di Jalan Ipoh-Lumut di sini kira-kira pukul 1.05 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika mangsa menunggang motosikal dari arah Ipoh menuju ke Batu Gajah.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa telah terlanggar lubang di bahu kiri jalan kemudian hilang kawalan dan melanggar fender kiri hadapan sebuah kereta di laluan sama dipandu seorang wanita tempatan berumum 40 tahun.

“Dia terjatuh di atas jalan dan dipercayai telah digilis kereta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abang Zainal Abidin berkata, akibat daripada pelanggaran tersebut, mangsa telah dibawa ke Hospital Batu Gajah bagi mendapatkan rawatan.

Menurut beliau, wanita itu disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan akibat kecederaan parah di bahagian paha kanan dan kecederaan dalaman manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan) oleh Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Trafik (IPD) Ipoh.

“Masyarakat umum dinasihatkan supaya memandu secara berhemah dan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas demi menjamin keselamatan diri serta semua pengguna jalan raya,” katanya.

Abang Zainal Abidin berkata, polis meminta saksi yang menyaksikan kemalangan itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Syafiq Fauze di talian 013-6713177 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI