fbpx

Meta sekat 63,000 akaun ‘sextortion’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Meta turut menyekat kira-kira 7,200 aset Facebook termasuk 1,300 akaun, 200 halaman dan 5,700 kumpulan sembang yang berpangkalan di Nigeria. - AFP

ABUJA, Nigeria – Syarikat gergasi teknologi, Meta menyekat berpuluh-puluh ribu akaun dalam tindakan keras terhadap skim penipuan ‘sextortion’ yang berpangkalan di Nigeria, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Istilah sextortion merujuk kepada tindakan memperdayakan mangsa untuk mencipta dan menghantar bahan berunsur seksual sebelum memeras ugut wang mereka sebagai syarat tidak mendedahkan bahan tersebut.

Meta berkata, pihaknya menyekat 63,000 akaun Instagram di Nigeria termasuk rangkaian terselaras yang lebih kecil iaitu kira-kira 2,500 akaun yang dipautkan kepada 20 orang.

Akaun-akaun yang disekat itu menyasarkan sebahagian besar lelaki dewasa di Amerika Syarikat dan dalam masa sama, penipu atau scammer cuba menyusun, merekrut serta melatih penipu baharu.

“Sextortion kewangan adalah jenayah ngeri yang boleh membawa akibat yang dahsyat.

“Pasukan kami mempunyai pengalaman luas dalam memerangi jenayah ini serta bekerjasama rapat dengan pakar-pakar untuk mengenal pasti taktik yang digunakan penipu, memahami cara mereka berkembang dan membangunkan cara berkesan untuk membantu menghentikannya,” kata syarikat pengendali Instagram itu.

Meta selain itu turut memadam akaun Facebook, halaman dan kumpulan sembang yang dikatakan dikendalikan oleh Yahoo Boys.

Yahoo Boys merupakan kumpulan penjenayah siber yang beroperasi sebahagian besarnya di luar Nigeria.

Meta menyekat kira-kira 7,200 aset Facebook termasuk 1,300 akaun, 200 halaman dan 5,700 kumpulan sembang berpangkalan di Nigeria yang didakwa memberikan petua tentang cara menjalankan penipuan sextortion. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI