fbpx

Hanya 9 peratus suri rumah di Kelantan carum Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nora (dua dari diri) menyerahkan sumbangan kepada Rosliza (berkerusi roda) di rumahnya di Kampung Manek Urai, Kuala Krai hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED/ KOSMO!

KUALA KRAI – Seramai 385 orang atau 9.04 peratus suri rumah di Kelantan yang mencarum Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setakat Jun lalu.

Pengarah Perkeso Kelantan, Nora Yaacob berkata, jumlah tersebut masih sedikit jika dibandingkan dengan sasaran asal iaitu seramai 5,551 suri rumah berdaftar SKSSR sepanjang tahun ini.

Menurutnya, sehubungan itu, suri rumah di negeri ini disarankan supaya mendaftar SKSSR bagi mendapat faedah caruman sekiranya berlaku sebarang musibah.

“Jumlah suri rumah yang mendaftar masih lagi berkurangan meskipun skim tersebut sudah diperkenalkan sejak Disember 2022. Kesedaran terhadap caruman dan faedah SKSSR dalam kalangan suri rumah di Kelantan masih lagi kurang.

“Caruman skim ktu hanya berjumlah RM120 setahun atau RM10 sebulan bagi semua wanita sehingga berusia 55 tahun,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada pesakit kanser payu dara dan tulang, Rosliza Muhamad Amin, 54, di Kampung Manek Urai, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nora memberitahu, SKSSR turut mendapat tajaan kerajaan melibatkan suri rumah yang layak iaitu berdaftar dengan eKasih seramai 9,470 orang.

Katanya, dalam pada itu, suri rumah dinashatkan tidak mengharapkan caruman itu ditaja semata-mata dan perlu mencarum sendiri demi keperluan diri jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

“Caruman itu juga bukan hanya untuk suri rumah sahaja, tetapi ia juga melibatkan penjawat awam. Ini kerana, mereka merupakan suri rumah selepas waktu bekerja.

“Penjawat awam boleh membuat caruman SKSSR melalui potongan gaji. Perkeso berhasrat untuk memastikan pengecualian cukai oleh majikan di samping membenarkan caruman sehingga usia 60 tahun,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI