fbpx

Implementasi awal pastikan peralihan lancar – Puspakom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mahmood Razak Bahman.

PETALING JAYA – Keperluan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) syarikat sebelum membuat janji temu di semua cawangan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bermula 25 Julai ini bertujuan memudahkan proses peralihan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mahmood Razak Bahman berkata, pelancaran awal di Puspakom akan membolehkan pihaknya menyelesaikan gangguan yang mungkin berlaku.

“Proses mengumpul TIN disepadukan dengan lancar pada peringkat tempahan dalam talian melalui laman web MyPUSPAKOM, bukannya semasa pemeriksaan itu sendiri. 

“Pelanggan hanya perlu mengemas kini butiran TIN mereka di MyPUSPAKOM sekali, dan tempahan akan datang adalah sama seperti sekarang ini,” katanya dalam kenyataan.

Mahmood berkata, pelanggan individu atau persendirian tidak perlu mempunyai TIN untuk membuat tempahan pemeriksaan dengan Puspakom kerana penggunaan kad pengenalan mereka sudah mencukupi.

Berkuat kuasa 1 Ogos 2024, e-invois ditetapkan untuk menjadi keperluan nasional seperti yang dimandatkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, bertujuan untuk menyelaraskan proses pematuhan cukai di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI