fbpx

Ibu masih menanti panggilan video Allahyarham Syafiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AINI MOHD SHARIF (kiri) dan suami, Ahmad Said Md Piah (dua dari kiri) menerima sumbangan disampaikan Respa di IPK Pahang di Kuantan hari ini.

KUANTAN – “Sebenarnya sampai sekarang makcik masih menantikan panggilan telefon arwah,”Kata ibu Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, anggota polis yang terbunuh dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Mei lalu.

Aini Mohd Sharif, 57, berkata, kenangan kali terakhir membuat panggilan video bersama anaknya itu sebelum kejadian masih kekal segar dalam ingatannya.

Malah katanya, kerana sudah terbiasa menjawab panggilan video anaknya terutama apabila tiba hari gaji membuatkannya sehingga kini masih menantikan panggilan telefon anaknya itu.

“Saya dengan arwah memang sangat rapat dan kami kerap membuat panggilan video bersama, dia akan telefon bila setiap kali gaji beritahu ada masukkan duit untuk saya.

“Jadi bila tiba hari gaji, saya jadi tertunggu-tunggulah panggilan dia walaupun saya tahu dia sudah tiada,”katanya sebak.

Aini dan suaminya, Ahmad Said Md Piah, 65, ditemui ketika hadir bagi menerima sumbangan RM13,000 disampaikan Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa) Malaysia di Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini, hari ini.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Presiden Respa, Datuk Meor Chek Hussien Mahayuddin dan disaksikan oleh Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman dan Pengerusi Respa Pahang, Che Arifin Mohd Ali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI