fbpx

Suspek bunuh Nur Farah Kartini dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein mengesahkan suspek pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah akan dituduh di Mahkamah Kuala Kubu Bahru, esok.

PETALING JAYA – Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang juga anggota polis berpangkat lans koperal akan dituduh atas kesalahan membunuh, esok.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi hari ini.

Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru untuk pertuduhan.

“Ya, suspek akan dituduh esok mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan suspek ditahan 15 Julai pada hari yang sama penemuan mayat Nur Farah Kartini di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor.

Polis telah menemukan telefon pintar di dalam parit ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor manakala beg tangan dipercayai milik Nur Farah Kartini di Sungai Trolak Kampung Batu, Perak.

Polis menemukan dua rangkai kunci kereta dan dompet mengandungi kad pengenalan milik Nur Farah

Bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu sebelum ini dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu.

Jenazah mangsa yang dibawa ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh dituntut pada Khamis lalu seterusnya dikebumikan pada 5.20 petang di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pahang. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI