fbpx

Jokowi mula ‘punch card’ di Nusantara Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jokowi (tengah) meninjau kawasan Nusantara yang akan digunakan untuk sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia ke-79 pada 5 Jun lalu. - AFP

JAKARTA – Presiden Joko Widodo (Jokowi) dijangka memulakan tugas rasmi beliau di ibu negara baharu Indonesia,  Nusantara yang terletak di Kalimantan menjelang Ahad ini, lapor agensi berita Xinhua.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Sekretariat Presiden, Heru Budi Hartono semalam. 

“Kami dalam proses membuat segala persiapan yang diperlukan supaya Jokowi dapat mula bekerja di ibu kota baharu,” kata Hartono.

Menteri Kerja Raya dan Perumahan selaku  Pemangku Ketua Pihak Berkuasa Bandar Raya Nusantara, Basuki Hadimuljono mengesahkan bahawa bekalan air boleh digunakan dalam beberapa hari lagi.

“Pada masa ini, air minuman mengalir ke ibu negara baharu dan lulus ujian ketiga, yang akan diagihkan ke kawasan perumahan dan pejabat di Nusantara tidak lama lagi,” ujarnya.

Sementara itu, pihak berkuasa juga sedang membuat persiapan untuk sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia ke-79, yang akan berlangsung secara serentak di Nusantara dan Jakarta pada Ogos ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI