fbpx

[VIDEO] ‘Kuatnya Mak Lang dia, kalau saya dah melalak dalam lif’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan detik cemas seorang wanita yang terperangkap di dalam lif

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila pintu lif di sebuah pangsapuri tiba-tiba tertutup lalu terperangkap di dalamnya seorang diri sementera seorang kanak-kanak lelaki iaitu anak saudaranya berjaya keluar dari situ.

Dalam kejadian itu, wanita tersebut yang dipanggil Mak Lang mengalami kecederaan pada tangan kerana berusaha menahan pintu tersebut daripada tertutup sebelum bertindak menahan pintu lif dengan bekas makanan.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok @zrwoon itu, wanita tersebut memberitahu, anak saudara lelakinya bernama Iman mengalami trauma disebabkan kejadian tersebut.

“Kesian dia (iman) berlari sampai hujung blok meminta tolong tapi tiada yang datang menolong mungkin tiada orang di rumah pada ketika itu.

“Sedih melihat iman menangis meminta tolong dan dia kelihatan sangat cemas serta trauma menjadi saksi kejadian ini.

“Saya sudah tekan loceng kecemasan selama lima minit tetapi tiada juga yang datang sedangkan ia boleh didengari sehingga ke pejabat pengurusan,” katanya.

Wanita itu kemudiannya di selamatkan oleh anggota Bomba yang tiba dengan pantas di tempat kejadian setelah dihubungi oleh kakaknya.

Menjengah di ruangan komen ramai yang bersimpati dengan kejadian itu dan ada juga berkongsi pengalaman terperangkap dalam lif.

“Aku pernah tersangkuk dalam lif masa mengandung. Aku hubungi suami, dia kata dah panggil pihak pengurusan. Lebih 20 minit tak sampai-sampai. Aku rasa lemah dalam lif sebab rasa tak cukup oksigen,” kata Hidayah.

“Kuatnya Mak Lang dia. Kalau saya dah melalak dalam lif sebab anak buah tak tentu arah dekat luar seorang. Alhamdulillah semuanya selamat,” kata disylily.

“Sedih tengok adik ni nak selamatkan mak cik dia,” kata Mada kifuat.- KOSMO! ONLINE

@zr.woonKisah harini Alam sangkut lift, nasib baik Iman selamat keluar dulu 🥺 trauma dia sorang2 jadi saksi Alam tersepit and tersangkut dalam lift 🥺🥺

♬ original sound – zrwoon

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI