fbpx

Perkeso bantu ibu tunggal diserang strok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad Perkeso Prihatin bersama Persatuan Wanita Taman Desa Permai, Kundur menyantuni Azilah bagi menyerahkan Kotak Prihatin serta memberi penerangan berkaitan permohonan pencen ilat.

PETALING JAYA – Ibu tunggal terlantar lumpuh diserang strok ketika menjaga bapanya di Hospital Rembau, Negeri Sembilan yang kisahnya disiarkan di dalam akhbar Kosmo! layak menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pengarah Perkeso Negeri Sembilan, Wan Kefli Hamid berkata, Azilah Abd. Hamid, 48, merupakan Orang Berinsurans (OB) yang pernah mencarum dengan Perkeso layak menerima Faedah bawah Skim Keilatan dengan kelayakan dikurangkan.

Menurutnya, Skuad Perkeso Prihatin Seremban telah menyantuni Azilah tengah hari semalam selepas keadaannya disiarkan menerusi akhbar Kosmo! bertajuk ‘terlantar lumpuh diserang strok’.

“Semakan Perkeso mendapati, Azilah merupakan OB yang pernah mencarum dengan Perkeso bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 1 Julai 1994 sehingga April 2019.

“Hasil ujian diagnosis juga mendapati Azilah disahkan menghidapi Hypertensive Pontine Bleed dan Aspiration Pneumonia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Kefli memberitahu, Azilah masih boleh berkomunikasi walaupun kedua-dua tangan dan kakinya lemah, serta boleh makan sendiri dengan bantuan adik-beradik untuk urusan harian lain.

“Perkeso akan membantunya menerusi Program Return To Work bagi tujuan penilaian rehabilitasi serta rawatan pemulihan dan dalam proses membekalkan ‘ripple mattress’ bagi membantu proses pemulihan selaras dengan prinsip ‘no one is left behind yang dibawa Perkeso,” ujarnya.

Katanya, Perkeso sentiasa komited dalam menjalankan tanggungjawab sosialnya dengan memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan selaras dengan misi dalam menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada para pekerja dan tanggungnya secara holistik di Malaysia.

Semalam Kosmo! melaporkan, seorang ibu tunggal kini terlantar sakit selepas di­serang strok semasa menjaga bapanya di Hospital Rembau, awal bulan ini.

Azilah dilaporkan berkata, dia sebelum ini bergantung dengan pencen ilat arwah suami yang meninggal dunia tahun lalu dan membantu adiknya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI