fbpx

Konsert ‘Divas & Diamond’ rancak promosi tahun melawat Johor 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARIL NIZAM menyampaikan sijil kepada CEO Mega Eve Sdn. Bhd., Datuk Seri Dr. Farhan Razali (kiri) pada dalam Majis Sidang Akhbar Konsert Divas & Diamonds di Hotel Amari Johor Bahru semalam. FOTO BAZLAN IBRAHIM/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Tourism Johor akan merancakkan pelbagai program promosi ‘Road to Visit Johor 2026’ termasuk penganjuran konsert di negeri sebagai usaha menarik kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara.

Konsert ‘Divas & Diamond’ yang membariskan penyanyi tersohor negara seperti Datuk Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah dan Joe Flizzow serta bintang Indonesia, Datuk Seri Rossa dilihat akan menjadi penyumbang kepada matlamat itu.

Pengarah Pengarah Tourism Johor Shahril Nizam berkata, penganjuran konsert ini bukan sekadar hiburan semata-mata malah sebagai ‘tiket’ untuk melawat pusat pelancongan menarik di negeri ini

Katanya, pihaknya yakin kehadiran artis ternama dari dalam dan luar negara akan membawa lebih ramai pelancong khususnya dari Indonesia, Singapura dan Brunei sekali gus merancakkan sektor pelancongan negeri Johor.

“Kita akan menuju ke ‘Tahun Melawat Johor 2026’, jadi tahun ini kita telah mulakan promosi itu dan konsert ini antara platform untuk mempromosikan Johor sebagai destinasi pelancongan terkemuka.

“Ini adalah salah satu program yang kita lihat sebagai ‘impact event’ kerana melibatkan artis antarabangsa yang mempunyai peminat tersendiri yang akan membawa pelancong ke Johor,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di hotel Amari, di sini semalam.

Konsert anjuran Mega Eve Sdn. Bhd. itu bakal berlangsung pada 7 September ini di Stadium Arena Larkin dijangka akan dihadiri kira-kira 6,000 penonton.

Shahril berkata, Tourism Johor juga dijangka akan menganjurkan program ‘Johor Majestic Festival’ yang akan diadakan pada Ogos nanti.

“Orang ramai masih boleh mendapatkan tiket menerusi www.ticket2u.com.my bermula dari RM288 hingga RM1,2888,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI