fbpx

Pelacur tua masih tawar ‘servis’ ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat warga asing yang ditahan dalam serbuan di Kepong, Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Meskipun sudah berusia 53 tahun namun seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) masih aktif melakukan aktiviti pelacuran sebelum ditahan dalam serbuan di Kepong, di sini, malam tadi.

Ibu tunggal berasal dari Thailand itu mendakwa melakukan kegiatan tidak bermoral itu bagi menampung kos pengajian tinggi anak bungsunya di kampung halaman.

“Urut badan biasa selama satu jam pelanggan akan bayar RM100 dan saya akan dapat dalam RM53 manakala untuk ‘B2B’ dan seks oral akan dicaj RM150.

“Untuk perkhidmatan ‘tambahan’ itu saya akan dapat RM80, tetapi saya baru sebulan lebih di sini dan tidak ramai pelanggan yang masuk di sini setiap hari.

“Sehari dalam satu atau dua pelanggan sahaja yang saya layan,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, malam tadi.

Wanita itu antara empat tukang urut wanita warga Thailand yang diberkas dalam serbuan Op Gegar Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur termasuk seorang lelaki tempatan dipercayai berperanan sebagai penjaga premis.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, dilaksanakan susulan aduan orang awam berhubung kegiatan maksiat yang berselindung di sebalik premis refleksologi.

Katanya, seramai 18 pegawai dan anggota JIM Kuala Lumpur menyerbu premis terletak di tingkat dua terbabit yang dilengkapi dengan televisyen litar tertutup (CCTV) di pintu masuk premis berkenaan.

“Kita terima aduan menyatakan ketidak selesaan penduduk berhubung kegiatan penawaran aktiviti seks di sebalik rumah urut ini.

“Empat wanita ditahan didapati sering keluar masuk ke Malaysia melalui pintu masuk di Utara berdasarkan cap-cap JIM (pada pasport),” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.

Katanya, modus operandi kesemua wanita berusia lingkungan 30 hingga 53 tahun itu adalah menggunakan pas pelancong dan akan pulang ke negara asal sebelum tamat tempoh 30 hari dibenarkan untuk tinggal di Malaysia.

Menurutnya, selepas pulang ke negara asal warga asing terbabit akan masuk semula ke Malaysia sekali lagi menggunakan pas pelancong di mana helah ini sudah dikesan pihak JIM yang dikenali sebagai taktik ‘u-turn’.

“JIM Kuala Lumpur memberikan peringatan tegas kepada pelancong yang masuk supaya tidak menyalahgunakan pas dan tidak melakukan aktiviti melanggar undang-undang.

“Kami akan sentiasa pastikan keberadaan pelancong ini tidak membawa elemen negatif kepada masyarakat,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI