WASHINGTON – Seekor paus humpback melompat dari permukaan laut dan menghempapkan kepalanya pada belakang sebuah bot nelayan, lapor akhbar New York Post kelmarin.
Kejadian berlaku di luar pantai Portsmouth, Amerika Syarikat (AS). Bot tersebut kemudian tenggelam.
Bagaimanapun, dua nelayan yang menaiki bot itu selamat.
Menurut beberapa pakar, kejadian itu hanya satu kebetulan dan tiada kaitan dengan perangai mamalia tersebut.
“Ia adalah satu kemalangan,” kata Dian pengasas bersama dan pengarah penyelidikan Persatuan Lautan Biru untuk Pemuliharaan Marin, Dianna Schulte.
Penyelidik marin yang berpangkalan di Portsmouth itu berkata, rakaman video membuktikan paus sepanjang 9.14 meter itu sedang makan ketika ia melompat dari permukaan laut.
“Bot itu berada di tempat yang salah,” katanya. – AGENSI