fbpx

Yadim Kelantan bantu 3,200 asnaf tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHADI Awang (tiga dari kanan) menyampaikan bantuan kepada salah seorang asnaf pada Program Lestari Cuci-Cuci di Musalla Tok Janggut dan Musa'adah Asnaf di Pasir Pekan, Tumpat hari ni. FOTO : ZULHANIFA SIDEK

Oleh ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Kelantan telah membantu seramai 3,200 individu dan golongan asnaf yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 menerusi tabung Musa’adah sepanjang tahun ini.

Menerusi dana dalam tabung itu juga, Yadim Kelantan turut melaksanakan Program Lestari yang mengumpulkan seramai lebih 370 sukarelawan di seluruh negeri ini untuk bergotong-royong di rumah individu dan asnaf terpilih.

Pengarah Yadim Kelantan, Mahadi Awang berkata, pihaknya telah memperuntukkan lebih RM200,000 merupakan agihan barangan keperluan kepada keluarga dan golongan asnaf yang terkesan.

“Terbaharu, kita memberi tumpuan kepada penduduk yang terjejas banjir di daerah Tumpat, Gua Musang, Kuala Krai, Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tanah Merah.

“Sukarelawan itu turut menghantar bekalan kepada mangsa banjir yang tidak ke pusat pemindahan sementara (PPS) banjir dengan kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Cuci-Cuci Musalla dan Musa’adah di Musalla Tok Janggut di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI