fbpx

Saya harap bomoh itu bertaubat, datang minta maaf – Ibu Zulfarhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu Allahyarham Zulfarhan Osman iaitu Hawza (kanan) dan bapanya, Zulkarnain Idros.

PETALING JAYA – “Saya harap bomoh itu bertaubat dan kalau boleh dia datang jumpa dengan kami buat permohonan maaf”.

Demikian luah ibu Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain iaitu Hawza Osman, 61, kepada ‘bomoh’ yang juga bapa kepada salah seorang pelaku yang menyebabkan kematian anaknya tujuh tahun lalu.

Menerusi sebuah video di Instagram, Hawa berkata, beliau akui geram dan terkilan dengan apa yang telah dilakukan oleh bomoh tersebut.

“Kalau boleh saya memang berdoa biar bomoh itu pun diberi hukuman, maknanya badan dia itu juga ada kesan tekapan seterika. Biar dia rasa bagaimana anak saya rasa,” katanya.

Berdasarkan kronologi, Allahyarham telah dituduh mencuri sebuah komputer riba (laptop) apabila namanya disebut oleh seorang bomoh sebelum arwah dibuli dan dipukul sehingga mati.

Allahyarham bukan sahaja dipukul supaya mengaku mencuri komputer riba berkenaan malah turut ditekap menggunakan seterika wap dan disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

Sementara itu, Hawa berkata, umat Islam tidak sepatutnya mengharapkan pertolongan bomoh semata-mata, sebaliknya meminta pertolongan kepada Allah SWT.

“Kalau boleh kita minta kepada Allah. Ada juga bomoh yang boleh dipercayai tapi bomoh ini dia kata dia sembahyang hajat menggunakan barang dan konon nama arwah tertera.

“Selama ini kata lah mereka pernah pergi ke bomoh. (Bomoh) ini hanya kata saudara atau orang terdekat sahaja. Tak ada cakap pun nama,” ujarnga.

Terdahulu, enam bekas penuntut UPNM yang sebelum ini dihukum penjara 18 tahun selepas didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan, Putrajaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI