fbpx

Kedah kumpul 20,000 dokumen asal sejarah hubungan Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi

ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan pasukan penyelidiknya mempunyai 20,000 dokumen asal dari luar negara yang menjelaskan sejarah hubungan Kedah dan Pulau Pinang suatu ketika dahulu.

Muhammad Sanusi berkata, pihaknya akan menggunakan hasil kajian tersebut untuk menentukan hala tuju baharu dalam hubungan antara dua negeri ini bagi menyelesaikan pelbagai isu termasuk tuntutan pajakan dan pampasan bekalan air.

Katanya, kerajaan negeri juga akan membentang dan mengumumkan dapatan kajian tersebut selewat-lewatnya Disember ini.

“Saya memperoleh banyak dokumen dan difahamkan 20,000 dokumen sejarah. Kebanyakannya tentang laporan daripada negeri-negeri Selat kepada kerajaan British pada masa itu.

“Saya pun sudah teliti sikit dokumen-dokumen yang berkaitan yang ada di British Library dan British National Archive yang akan menjadi sebahagian daripada rujukan kepada kajian-kajian sedang dilakukan oleh negeri Kedah,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, kumpulan penyelidik melakukan kajian ini bukan hanya untuk membolehkan tuntutan dibuat ke atas Pulau Pinang, sebaliknya ia juga dilaksanakan demi menjelaskan hubungan antara dua negeri.

“Bukan semberono tetapi berdasarkan fakta dan dokumen sejarah yang ada di sini (iaitu) di British Library dan British National Archive. Kebanyakannya adalah laporan pentadbiran negeri-negeri Selat dan ketika itu dihantar kepada House of Common dan Straits Settlement Office di London,” katanya.

Beliau berkata, dapatan kajian pasukan pengkaji terdiri daripada sejarawan dan pakar perundangan diharapkan dapat mengemukakan secara berfakta ilmiah berdasarkan hakikat sebenar kedudukan Kedah dan Pulau Pinang.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI