fbpx

104 PATI Indonesia dihantar pulang ke negara asal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAWAU - Seramai 104 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dipindahkan dari Pelabuhan Tawau untuk balik ke negara asal semalam.

TAWAU – Seramai 104 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dipindahkan dari Pelabuhan Tawau untuk balik ke negara asal semalam.

Semua PATI terbabit dipindahkan menggunakan pengangkutan laut ke Pelabuhan Nunukan, Terminal Tunon Taka, Indonesia.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, pemindahan membabitkan seramai 78 lelaki dan 21 wanita itu dijalankan dengan kerjasama Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau.

Selain itu katanya, JIM turut menghantar pulang lima kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia 12 tahun kebawah.

“Ini adalah program pemindahan siri ke-12 untuk kategori Usir melalui laut bagi tahun 2024 ke negara asal masing-masing menggunakan pengangkutan Feri Francis Express.

“Semua PATI berusia lingkungan dua hingga 55 tahun ini melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan–Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

SH Sitti Saleha berkata, hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI