fbpx

Dicekup baharu masuk dan mahu keluar Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI Indonesia dan Myanmar yang ditahan PGA Batalion 4 di Kampung Sungai Serdang, Tok Muda, Kapar, semalam

KLANG – Tindakan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) menyusup masuk dan keluar dari negara ini tidak kesampaian apabila dicekup di Kampung Sungai Serdang, Tok Muda, Kapar semalam.

Kesemua mereka melibatkan empat lelaki warga Indonesia dan tiga wanita warga Myanmar masing-masing berusia 15 hingga 63 tahun ditahan pukul 10.30 pagi menerusi Op Benteng Covid.

Pengarah Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, hasil siasatan mendapati kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

“Tiga wanita Myanmar itu mengaku baharu sahaja tiba dari Dumai, Indonesia dengan menggunakan bot sebelum mendarat di pantai Sungai Serdang.

“Sementara, kesemua lelaki warga Indonesia itu dipercayai cuba keluar melalui jalan laut yang tidak diwartakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menegaskan PATI berkenaan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kapar untuk siasatan lanjut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI