KOTA BHARU – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memperkukuh aspek penguatkuasaan bagi mendapatkan kelulusan dan kebenaran sijil halal termasuk isu daging import yang menjadi isu hangat ketika ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ,Ahmad Marzuk Shaary berkata, Jakim akan bekerjsama dengan jabatan lain yang mengendalikan daging import masuk ke negara ini.
Katanya, langkah itu diambil dengan melibatkan prosedur operasi standard (SOP) termasuk kawal selia barangan yang masuk ke negara ini.
“Kita akan bekerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan juga penguatkuasa negeri yang lain.
“Langkah itu bagi memastikan rakyat negara ini mendapatkan daging import yang betul-betul halal,” katanya. -K! ONLINE