fbpx

[VIDEO] ‘Throwback’ video 6 bekas penuntut UPNM, netizen tanya hari ini boleh senyum lagi tak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dirakam pada tahun 2019, kembali tular di media sosial sejak semalam.

PETALING JAYA – Kemarahan orang ramai terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kembali memuncak apabila video lama menunjukkan reaksi tertuduh keluar dari mahkamah kembali tular sejak semalam.

Video tersebut dipercayai dirakam pada tahun 2019 ketika keenam-enam tertuduh terlepas daripada hukuman gantung atas kesalahan membunuh Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Enam tertuduh ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Di dalam video berkenaan kelihatan kesemua tertuduh tersenyum dan sempat bergelak-ketawa sesama mereka seolah-olah melakukan kesalahan kecil.

Rakaman itu kembali menjadi bual bicara pengguna media sosial selepas Mahkamah Rayuan mengenepikan hukuman penjara dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap semua enam tertuduh, semalam.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan dalam rayuan silang untuk mengembalikan semula kes itu daripada Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kepada pertuduhan asal iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang melahirkan rasa geram menonton kembali video tersebut dan ada juga yang mendoakan agar kesemua tertuduh dikurniakan hidayah untuk bertaubat.

“Tak boleh lupa senyum sinis dia orang dalam video itu. Geram sampai sekarang kalau teringat! Moga kamu semua menyesali perbuatan kamu,” komen Qeeka.

“Dulu bila kena tangkap, tersenyum masing-masing kan? Sekarang mampu ke nak senyum? Semoga Allah cucuri roh Allahyarham Zulfarhan,” komen Rahmat.

“Menyampah tengok video ‘throwback’ tertuduh semua senyum-senyum. Jalan pun mendabik dada. Rasa nak pelempang je sorang-sorang. Cuma nak tanya, hari ni boleh senyum lagi tak?,” komen Yor pula.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka yang ketika kejadian berusia 21 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi pada 21 dan 22 Mei 2017.

Dalam kejadian menyayat hati itu, Zulfarhan kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017. – KOSMO! ONLINE

@akuinsanbiasa3036 Membalas kepada @sesungut_hijo kan..geram je tngk depa happy sbb terlepas 302kk..siap senyum lg..ni video lama bukan video baru.. tu..#justiceforzulfarhan #upnm ♬ bunyi asal – ᗴᖇIᗰᗴᖇᗩᕼ – ᗴᖇꪗ ᗰᗴᖇᗩᕼ

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI