fbpx

Tiga jenayah dalam talian tertinggi libat buli siber, pedofilia, scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Tiga jenayah dalam talian yang membelenggu rakyat Malaysia ketika ini adalah membabitkan masalah penipuan (scam), buli siber dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak (pedofilia).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, tiga ancaman tersebut tidak boleh dibiarkan berlarutan dan memerlukan tindakan yang segera.

Katanya, pihak kerajaan juga mahu semua platform media sosial mematuhi undang-undang sedia ada di negara ini terutama dalam menurunkan segera kandungan yang boleh memudaratkan rakyat.

Jelasnya, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, Jemaah Menteri juga mahu isu jenayah di media sosial ditangani segera termasuk memantapkan soal aspek siasatan dan pendakwaan.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sudah diarahkan untuk meneliti perkara itu.

“MCMC telah keluarkan surat arahan kepada sejumlah platform media sosial untuk mereka beri maklum balas berkaitan isu itu,” katanya pada sidang akhbar pasca Mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI