fbpx

Pesawat bawa 19 penumpang terhempas di Nepal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berkumpul di lokasi nahas pesawat Saurya Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu hari ini. - AFP

KATHMANDU – Sebuah pesawat penumpang yang membawa 19 orang terhempas ketika berlepas dari ibu negara Nepal, Kathmandu pada pagi ini, manakala anggota-anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.

Menurut tentera negara itu dalam satu kenyataan, pesawat Saurya Airlines terhempas sekitar pukul 11.15 pagi (waktu tempatan).

Polis berkata, 18 orang terkorban, manakala seorang juruterbang berjaya diselamatkan.

“Lapan belas mayat telah ditemui, termasuk seorang warga asing,” kata jurucakap polis, Dan Bahadur Karki kepada AFP.

“Kami sedang dalam proses membawa mayat-mayat untuk bedah siasat,” tambahnya.

Akhbar Kathmandu Post melaporkan, seramai 19 orang termasuk anak kapal berada di dalam penerbangan itu.

Portal berita Khabarhub pula melaporkan, pesawat itu terbakar selepas tergelincir di landasan dan mengeluarkan kepulan asap yang banyak.

Pesawat berkenaan dalam perjalanan ke Pokhara, sebuah hab pelancongan penting di republik Himalaya itu.

Saurya Airlines secara eksklusif menerbangkan jet Bombardier CRJ 200, demikian menurut maklumat pada laman webnya.

Nahas penerbangan komersial besar yang terakhir Nepal ialah pada Januari 2023 apabila pesawat Yeti Airlines terhempas semasa mendarat di Pokhara, dan mengorbankan kesemua 72 penumpang.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI