fbpx

‘Memang tak manis buka aib’ – Shuib minta maaf isu berjudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shuib memohon maaf atas keterlanjurannya berkongsi tentang masalah ketagihan berjudi, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Menyedari dikecam akibat mengaku pernah ketagih judi, pelawak Shuib memohon maaf atas ketelanjuran berkongsi kekhilafan yang diumpamakan netizen sebagai membuka pekung sendiri.

Ujar Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 40, perkongsian mengenai ketagih judi yang disifatkan mendedahkan aib itu hakikatnya sebagai pengajaran kepada orang ramai agar jangan terjerumus sepertinya.

“Saya enggan besarkan hal ini lagi walaupun menerima pelbagai komen positif dan negatif. Kalau dilihat dari sudut hukum agama selepas membuat bacaan dan menonton di YouTube, memang tidak manis membuka aib sendiri walaupun bertujuan memberi pengajaran.

“Mungkin apa yang berlaku khilaf saya kerana kadang-kadang niat tidak menghalalkan cara, saya ambil maklum soal ini dan akan lebih berhati-hati jika ingin berkongsi kisah silam,” katanya.

Menurut bapa kepada empat anak itu, dia turut menyedari masih kaedah lain untuk memberi pengajaran kepada masyarakat terutama membabitkan hal berkaitan maruah.

“Ada cara sebenarnya kalau nak bercerita mengenai perkara tidak baik untuk dijadikan pengajaran mengikut cara Islam, tapi nak buat macam mana benda sudah pun berlaku,” jelasnya.

Pada masa sama, bekas anggota Sepahtu itu turut berharap orang ramai dapat menonton video penuh perkongsian dalam Dol’s Podcast yang dikendalikannya bersama Shuk Sahar dan Fizie sebelum menghukumnya.

“Kalau tonton podcast ini dari awal hingga akhir di YouTube, ramai yang akan mendapat pengajaran sebab semua pendedahan daripada kisah benar, bukan kisah rekaan.

“Pengakuan juga dibuat orang yang dikenali sekali gus lebih dekat dengan penonton. Mereka beri komen positif terutama mengenai pengalaman mereka sendiri yang serik melakukan aktiviti tidak berfaedah dan mendatangkan dosa,” ujarnya.

Malah Shuib berkata, mereka bersama pasukan produksi lebih dulu memberi peringatan kepada orang ramai supaya jangan menjadikan aktiviti berjudi sebagai amalan atau ikutan.

“Sebelum program bermula lagi kami sudah mengingatkan penonton supaya tidak meniru perbuatan berjudi dan mengambilnya sebagai iktibar.

“Cuma, benda ini jadi isu apabila berita dipaparkan dalam media sosial tidak diambil secara menyeluruh hingga mengelirukan orang ramai,” jelas Shuib.

Terdahulu, nama Shuib kembali menjadi cemuhan netizen selepas membuat pengakuan pernah ketagih judi selain menanggung kerugian besar mencecah puluhan ribu ringgit.

Kongsinya, setiap kali berjudi, dia membayar sebanyak RM150 bagi satu pusingan bahkan pernah dikepung dengan sekumpulan gangster selepas memenangi wang taruhan RM68,000.

Daripada pendedahan dalam podcast terbabit, Shuib menyatakan kejadian yang menimpanya itu meninggalkan kesan dan menginsafkannya untuk meninggalkan tabiat buruk tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI