fbpx

Maybank nafi dakwaan data pelanggan bocor di ‘dark web’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Maybank menafikan dakwaan pangkalan data Maybank2U telah diterbitkan di forum ‘dark web’ (laman sesawang pasaran gelap) seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Maybank dalam kenyataannya berkata, sistem pangkalannya kekal selamat, dan semua maklumat pelanggan adalah dilindungi sepenuhnya.

Namun begitu, ujarnya, Maybank memandang serius kebimbangan keselamatan ini dan terus memantau serta memastikan data dilindungi pada setiap masa.

“Antara langkah dilakukan adalah melaksanakan kaunter kesedaran penipuan termasuklah penggunaan Secure2U untuk mengesahkan transaksi dan tempoh bertenang didayakan untuk transaksi berisiko tinggi.

“Kami ingin mengingatkan pelanggan kami untuk sentiasa berwaspada dan melindungi maklumat mereka.

“Sila pastikan ID Pengguna, kata laluan dan butiran peribadi anda selamat, dan berhati-hati terhadap perisian hasad, mesej WhatsApp, pancingan data (phishing sites) dan panggilan telefon yang meminta butiran anda,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah hantaran akaun laman sesawang pasaran gelap yang memuat naik dua gambar didakwa data milik 22 juta pengguna Maybank.

Harga untuk kebocoran data didakwa dijual pada harga AS$18,000 (RM84,123) dengan segala butiran pelanggan didedahkan termasuklah nombor kad pengenalan, alamat rumah dan kata laluan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI