fbpx

Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak 99 peratus siap – KKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan status terkini Projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) di Sarawak adalah 99 peratus siap yang mana enam daripada 11 pakej kerja telah dibuka untuk pengguna.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, status kemajuan pembinaan bagi lima lagi baki pakej di peringkat akhir pembinaan melibatkan kerja-kerja perabot jalan masih belum selesai dilaksanakan.

“Hampir keseluruhan jajaran Projek LPB Sarawak akan siap pada September ini kecuali beberapa seksyen di Miri yang perlu direkabentuk semula dan hanya dapat disiapkan pada suku ketiga tahun 2026,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Sementara itu, ketika menjawab pertanyaan asal Senator Roderick Wong Siew Lead tentang status pembinaan LPB di Sarikei, Ahmad berkata, pembinaan pakej kerja tersebut yang terkini adalah 96 peratus siap.

Jelasnya, punca utama kelewatan pembinaan di pakej kerja tersebut adalah bagi membolehkan pengalihan utiliti iaitu paip air disiapkan sepenuhnya.

“Sehubungan itu, kerja-kerja yang terlibat sedang giat dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik dengan pengawasan rapi oleh JKR Sarawak selaku Pegawai Penguasa Projek.

“Dengan selesainya pengalihan paip air dan baki kerja yang lain, pakej kerja tersebut dijadualkan akan dibuka untuk pengguna jalan raya pada suku keempat bulan Ogos ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI