fbpx

Bayi dua bulan patah paha didera pengasuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAYI dua bulan patah paha kiri disyaki didera ketika dalam jagaan pengasuhnya dalam kejadian di sebuah premis di Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Seorang bayi berusia dua bulan patah paha kiri dipercayai didera ketika dalam jagaan pengasuhnya di sebuah premis di Bandar Dato’ Onn, di sini.

Nasib malang menimpa bayi perempuan itu disedari bapanya kira-kira pukul 3 pagi, Ahad lalu ketika mahu menukar lampin pakai buang ke atas mangsa.

Menerusi hantaran dilaman sosial milik Fione May mendakwa keluarga mangsa menghantar bayi tersebut ke pengasuh bermula 15 Julai lalu sebelum mengambil balik bayi mereka pada 20 Julai.

Tulisnya, ketika menukar lampin, bapa mangsa ternampak kesan bengkak pada paha kiri selain bayi tidak aktif seperti kurang minum susu.

Bapa mangsa telah membawa bayinya pada hari yang sama untuk pemeriksaan di sebuah klinik sebelum dirujuk ke hospital kerajaan.

Bapa mangsa menghubungi pengasuh itu untuk bertanyakan berhubung kejadian itu namun, pihak terbabit memaklumkan tiada apa-apa berlaku terhadap mangsa.

Bapa mangsa kemudian membuat laporan polis pada pukul 4.38 petang, 21 Julai lalu di Balai Polis Dato’ Onn di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, pengasuh berusia 36 tahun sudah direman selama enam hari bermula 23 hingga 28 Julai untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI