fbpx

DBKL sita, pindah barang peniaga durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa DBKL menyita barangan penjaja di sekitar kawasan Parlimen Seputeh.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan sitaan dan pindah halangan terhadap tujuh penjaja di sekitar kawasan Parlimen Seputeh.

DBKL dalam kenyataan berkata, tindakan itu dibuat melalui Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Seputeh di Jalan Jalil Perkasa 13 Arked Esplanad, Jalan 3A/155 Bukit OUG dan Jalan 1/152 Taman Perindustrian OUG Bukit Jalil.

Brdasarkan foto yang dimuat naik DBKL, antara yang dikenakan tindakan adalah penjaja yang menjalankan aktiviti perniagaan menjual buah durian.

“Melalui tindakan khas yang dijalankan, DBKL membuat tujuh kes sitaan dan pindah halangan di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

“Antara barangan yang disita adalah meja dan kerusi plastik, kanopi, rangka meja besi, dapur masak, tong ais serta lain-lain peralatan,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, katanya, kesemua barangan yang disita dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan lanjut.

“Tindakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri-siri tindakan khas di 11 parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI