fbpx

Skim takaful mySalam bakal diperluaskan kepada M40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan untuk memperluaskan skim Perlindungan Kesihatan Masyarakat (mySalam) kepada golongan isi rumah berpendapatan kurang RM100,000 (M40).

Bagaimanapun kata Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Yin, perkara itu akan dipertimbangkan oleh Lembaga Pemegang Amanah mySalam sebelum diputuskan oleh Kerajaan.

Ini kerana sebelum ini katanya, berdasarkan Surat Ikatan Amanah mySalam, manfaat skim ini hanya dikhususkan kepada golongan B40 sahaja.

“Walaupun Kerajaan telah memutuskan supaya skim mySalam ini diperluaskan kepada golongan M40 pada tahun 2019, pelaksanaannya telah ditangguhkan pada tahun 2020 berikutan penularan wabak Covid-19 dan kesannya yang lebih kepada golongan B40.

“Kewajaran sama ada skim mySalam ini diperluaskan kepada golongan M40 akan dipertimbangkan oleh Lembaga Pemegang Amanah mySalam sebelum diputuskan oleh Kerajaan,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Dr. Wan Martina Wan Yusoff yang bertanyakan sama ada Kerajaan berhasrat untuk memperluaskan skim ini kepada golongan M40. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI