fbpx

Pastikan media sosial, internet selamat untuk rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyatakan kebimbangan mengenai isu jenayah dalam talian yang semakin berleluasa ketika ini.

Melalui satu hantaran di media sosialnya, Fahmi berkata, aliran terkini menunjukkan jenayah tradisional telah mula ‘berpindah’ ke alam maya termasuk media sosial.

“Pagi ini saya mendengar taklimat bersama Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Lim Joo Soon.

“Insya-Allah kita akan usahakan yang terbaik untuk memastikan Internet termasuk media sosial lebih selamat untuk semua,” katanya hari ini.

Terdahulu, Fahmi berkata, kementeriannya akan mengambil tindakan terhadap beberapa platform media sosial, antara lain berkait isu buli siber yang berlaku di negara ini.

Ini kerana, beliau berpandangan platform terbabit tidak begitu serius dalam usaha menyelesaikan masalah sedang dihadapi rakyat Malaysia berkait media sosial. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI