fbpx

Kes Zulfarhan, pencuri ‘laptop’ sebenar kekal misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kes Zulfarhan, pencuri 'laptop' sebenar kekal misteri

PETALING JAYA – Kehilangan komputer riba yang menjadi punca Pegawai Kadet Laut, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain dibuli dan dipukul sehingga mati, kekal menjadi misteri sehingga ke hari ini.

Kisah menyayat hati Allahyarham bermula apabila namanya antara yang disebut oleh seorang ‘bomoh’ untuk mengesan siapakah pencuri komputer riba (laptop) milik salah seorang pelajar.

Selepas itu, mangsa bukan sahaja dipukul supaya mengaku mencuri komputer riba berkenaan malah Allahyarham juga ditekap menggunakan seterika wap dalam kejadian pada 21 dan 22 Mei 2017.

Tinjauan di media sosial dari semalam sehingga ke hari ini, ramai yang masih tertanya-tanya siapakah pencuri komputer riba sebenar yang mengakibat kejadian ngeri itu menimpa kepada Allahyarham.

“Persoalan dia, siapa pencuri sebenar laptop kes arwah Zulfarhan tu?,” ciap Faiz.

“Sekarang ni apa cerita pencuri laptop tu? Siapa sebenar yang mencuri ni? Gara-gara sebiji laptop, melayang nyawa anak orang,” ciap Wanie.

Sementara itu, seorang pengguna dikenali sebagai Putry, berkata jika benar pencuri komputer riba itu ada sehingga ke hari ini, individu tersebut sepatutnya hidup dalam penyesalan kerana telah menyebabkan kematian Allahyarham.

“Sekarang ni siapa pencuri laptop sebenar? Dia lah punca utama selain ‘bomoh’ yang sebut nama Allahyarham. Hidup tenang ke lepas buat macam tu dekat Arwah,” ciapnya.

Bagi seorang pengguna lain dikenali sebagai Izzudin pula, sekiranya komputer riba itu tidak dicuri, segala perlakuan menyayat hati tidak akan berlaku kepada mangsa.

“Yang pertama bersalah adalah pencuri sebenar laptop. Kalau dia tak mencuri, segala ni takkan berlaku pun. Harap orang ni takkan boleh tidur dengan tenang, hidup dalam kegelisahan dan penyesalan selalu selamanya,” ciapnya.

Sementara itu, ada juga pengguna media sosial yang mempersoalkan adakah benar-benar komputer riba itu telah dicuri ataupun pemiliknya cuai meletakkan gadjet itu di tempat yang salah.

“Sampai sekarang tak tahu laptop itu benar-benar hilang atau Allahyarham sengaja difitnah,” ciap Hasyimah.

“Bayangkan kalau laptop itu tak dicuri pun sebenarnya. Tapi pemilik tertinggal di mana-mana kawasan,” ciap pengguna lain pula.

Semalam, enam bekas penuntut UPNM yang sebelum ini dipenjara 18 tahun selepas didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan, di sini sebentar tadi.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan dalam rayuan silang untuk mengembalikan semula kes itu daripada Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kepada pertuduhan asal iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka yang ketika kejadian berusia 21 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi pada 21 dan 22 Mei 2017.

Dalam kejadian menyayat hati itu, Zulfarhan kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI