fbpx

Dewan Negara: MITI laksana remedi perdagangan atasi lambakan produk import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengambil langkah penguatkuasaan undang-undang (remedi) perdagangan untuk mengatasi masalah lambakan barangan import murah termasuk dari negara China ke pasaran Malaysia.

Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, kerajaan sentiasa waspada dengan kemungkinan wujudnya lambakan produk ke dalam pasaran tempatan.

Katanya, antara langkah remedi yang diambil adalah pengenaan duti anti-lambakan, duti timbal balas dan duti pelindung.

“Tindakan remedi perdagangan ini adalah bersasar terhadap pengilang atau pengeksport luar negara yang mengakibatkan kemudaratan terhadap industri tempatan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia serta skop pengenaannya merangkumi kesemua industri tempatan.

“MITI melaksanakan tindakan remedi perdagangan ini selaras dengan perundangan negara iaitu Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 (Akta 504) serta Peraturan-peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994 (Peraturan 1994),” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Tan Sri Datuk Low Kian Chuan berkenaan usaha MITI untuk menyokong PKS di Malaysia bagi mengatasi kesan kemasukkan perniagaan China di Malaysia.

Sementara itu Chin Tong berkata, negara China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut yang menyumbang 17 peratus daripada keseluruhan jumlah perdagangan.

“Jumlah perdagangan Malaysia dan China bagi tempoh Januari hingga April 2024 meningkat sebanyak 5.9 peratus kepada RM151.06 bilion berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lepas,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI