fbpx

Ajal ketika memancing, lemas jatuh sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba berusaha mengangkat mayat mangsa yang lemas di Kampung Sri Purnama, Tebrau semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga emas lemas setelah terjatuh dalam sungai ketika memancing di Kampung Sri Purnama, Terbau di sini, semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Penguasa Bomba Kanan II Noor Azhan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 3.43 petang.

Katanya, seramai lapan anggota dan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi sejurus panggilan diterima.

“Warga emas itu ditemui terapung di tebing sungai tidak jauh dari lokasi mangsa terjatuh,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI